Wednesday 26 June 2013

Kenapa?

Assalamualaikum. 


Selamat petang.


Tahun berganti tahun tetibe SG merajinkan jari jemari untuk melakar sebuah cerita (true story).

Hari ni tempat keje SG iaiti mc bagi cuti. So ada kakak ofis plan untuk meraikan saat-saat akhir seorang dari staf kitorang (interviewer) yang akan berhenti tak lama lagi sebab dapat posting jadi cikgu. Rezeki akak tu. Hee. (gua je yang masih duk mencari pekerjaan tetap, mungkin belum rezeki)

So kitorang pun pergila ke sg tekala (hebat ke tak hebat pergi sungai2 waktu jerebu gini ish3). Best jugak. Masing2 bawak makanan sendiri dan makanan yang paling susah sekali adalah SG iaitu bawa nasi putih. HAHAHA. Sampai2 je kami setting tikar untuk letak makanan yang dibawa. Then makan. Pastu mandi. Opss part mandi tu, hanya laki je yang mandi. Pompuan duk main2 air je. Laki dan pompuan mandi tempat berbeza. Bukan muhrim. Tak boleh mandi dekat2. Bahaya. 

Pastu dok tangkap ikan yang gigit-gigit kaki tu. Comel je. Haha udang pun dapat tau. Buat sambal udang sodap tu. HAHAH tapi takdelah kempunan sangat sampai udang yang ditangkap beberapa ketul tu pun nak buat masak kan. So, SG ambik keputusan untuk bela mereka (udang dan ikan) malangnya mereka telah dibawa ke kereta akak ofis. HAHAHAHA

Kak H : Ka.. ko punye ikan dengan udang ade kat akak. Ko nak bela tak?
SG       : Mestilah nak kak.. tapi nanti saya ambik kat akak. So akak bela dulu ea. Jangan bagi mati tau.
Kak H : Tengoklah kalau akak dah lapar takde makanan, akak goreng je ikan ngan udang ko tu. HAHA
SG       : Jangannnn!! akak bela dulu nanti saya ambik tau. Jangan makan tau.
Kak H : HAHA ko ni.. yela2 akak tolong jagekan.

Tutt tutt tutt panggilan dimatikan.

So, dalam kul4lebih SG dah sampai bangi hantar akak2 ke kediaman masing2 then barulah SG menuju pulang ke rumah.

Sesampai dirumah SG baring2 dan terasa rajin untuk menaip. Lalu dibuka laptop dan mulalah penaipan perjalanan cite hari ni. Oklah, sampai sini dulu. SG nak register my syg punya rebat fon. Hihi adioss.

Assalamualaikum.


notadidindingrumah :: No picture taken during our trip to sg tekala. Well, i'm not a photogenic person. Kehkehkeh

Monday 19 November 2012

Lari

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan SG nak upload gambar time larian kitar semula tu.


Adik sedare SG and SG. Sebelum mula lari haruslah snap dulu. ^^

Yang dua orang ni adik sedara SG. Zureen and Haziq


Haa yang muke konon letih ni ipan and adik SG kimi (konon hot tak nak pandang kamera) ^^



Main air lepas lari. Inilah paiz. Hee



Guess who? kkkkkkk ^^




notadidindindrumah :: just edit my pic. kkkkkkk ^^ 

Saturday 17 November 2012

Holiday

Assalamualaikum

Salam 1 malaysia :)

Lame SG tak mengapdet entry ni. No time. *ok tipu* Sebenarnye SG cukup malas nak apdet. Ni tetibe terajin pule. So, guys sebenarnye SG baru balik dari holiday wif family. Holiday dalam negara je. Tu je mampu. Hihi destinasinye ialah Langkawi. Kalo g Langkawi kompem khas untuk soping je. *for my parents laaa* Tapi tak kesah la.. asalkan keluar bercuti. 

So, name resort yang SG menginap tu De Baron Resort dekat dekat dengan jeti kuah. Lokasi strategik i think coz near to jeti kuah, ismail group (untuk penggemar coklat), idaman suri (for glassware-this goes especially for wifey2 yang suke buat koleksi barang2 dapur). My mom spend half of her money just for glassware je. And about rm200 just for chocholates. Hihi 

So, SG nak cite yang kat De Baron Resort sangat cantik pemandangannye. Tepi laut. Memang release tension. So, i suggest for those my friends yang baru2 kawen tu Langkawi should be one of ur destination for honeymoon. Hihi Okay jom kite tengok gambar kat sane.. 

Ni SG kat Makam Mahsuri i think. Hee no pic taken in makam mahsuri LOL


Ni gambar family SG. Nice. *credit to haziq*


Swimming pool for kids. But adults can join too. :)


Okay. Superb right? This is view from my room. Its actually too close :)


Laluan from rooms to swimming pool. Nice decoration. Love.


Whooppsss! :p my lovely family again. In front of De Baron Resort.


At Dataran Lang. Find me. Ekeke XD THIS IS A MUST PIC I think. hehe

Okay tu je rasenye yang SG nak aplod. Banyak lagi gambar tapi tu lah. Malas punye pasal. Hee Okay dah magrib. Jom solat :) Nanti SG nak cite pasal Larian Jom Kitar Semula pule. :) 



notadidindingrumah :: This pics was edited by myself. I'm trying to learn skills of editing picture. And for those yang ade dalam gambar (except my family and cousin), sorry if u've become 'model' of my picture without any permission. Hee peace XD 


Saturday 22 September 2012

Selamat kembali

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. :)

Syukur masih jejak di bumi yang indah. 

Lame tak update blog. Malas punye pasal. Cite pon banyak yang tergendala. Gambar banyak yang SG nak aplod tapi malas. See? All about malas.

So, sekarang SG dah abes praktikal n result pon ok alhamdulillah. Destinasi? Plan nye nak sambung master bawah prof tercinta. Tapi, masih cari keje jugak. Kot2 ade kje yang best2 kan. Kumpul duit dulu. Maklumla nak minang orang. *eh* Hahaha :D 

Semoga lepas ni rajen la SG nak apdet blog ni.

Okay papai. See ya.

Assalamualaikum :)

notadidindingrumah :: bahasa yang kurang elok jangan ditiru ye. sekian. 


Monday 13 August 2012

#Ramadhan ke-25

Assalamualaikum..

Selamat tengah hari.
Ni SG dok menaip ni waktu tengah keje. Hee. Maklumlah takde keje sangat nak buat.

Ohh ye! semalam SG buke kat luar ngan family kat Restoran Cempaka Rimba kat kompleks PKNS, Bangi.
Kali ni kitorang makan ala-ala western sket. *Asik makan nasi je, tuka selera pule* Hehe Okla pendekkan cite, abah SG order lamb chop 3, beef steak 2, ciken chop 2 and extra mee goreng basah 2 mangkuk. Sumpah sedap gilos mee goreng basah die. Pedas die. Ummphhh!! Superb. So, bawah ni antara yang diorder la. Hehe


    @lamb chop yang SG order:





   @mak ngan abah SG :



  @abc yang mak order : 



Tu jela yang mampu SG tempek. Yang lain malas. Hee



notadidindingrumah :: tengah tunggu kul1 tunggu siap sintesis sampel nanocomposite.