Wednesday 26 June 2013

Kenapa?

Assalamualaikum. 


Selamat petang.


Tahun berganti tahun tetibe SG merajinkan jari jemari untuk melakar sebuah cerita (true story).

Hari ni tempat keje SG iaiti mc bagi cuti. So ada kakak ofis plan untuk meraikan saat-saat akhir seorang dari staf kitorang (interviewer) yang akan berhenti tak lama lagi sebab dapat posting jadi cikgu. Rezeki akak tu. Hee. (gua je yang masih duk mencari pekerjaan tetap, mungkin belum rezeki)

So kitorang pun pergila ke sg tekala (hebat ke tak hebat pergi sungai2 waktu jerebu gini ish3). Best jugak. Masing2 bawak makanan sendiri dan makanan yang paling susah sekali adalah SG iaitu bawa nasi putih. HAHAHA. Sampai2 je kami setting tikar untuk letak makanan yang dibawa. Then makan. Pastu mandi. Opss part mandi tu, hanya laki je yang mandi. Pompuan duk main2 air je. Laki dan pompuan mandi tempat berbeza. Bukan muhrim. Tak boleh mandi dekat2. Bahaya. 

Pastu dok tangkap ikan yang gigit-gigit kaki tu. Comel je. Haha udang pun dapat tau. Buat sambal udang sodap tu. HAHAH tapi takdelah kempunan sangat sampai udang yang ditangkap beberapa ketul tu pun nak buat masak kan. So, SG ambik keputusan untuk bela mereka (udang dan ikan) malangnya mereka telah dibawa ke kereta akak ofis. HAHAHAHA

Kak H : Ka.. ko punye ikan dengan udang ade kat akak. Ko nak bela tak?
SG       : Mestilah nak kak.. tapi nanti saya ambik kat akak. So akak bela dulu ea. Jangan bagi mati tau.
Kak H : Tengoklah kalau akak dah lapar takde makanan, akak goreng je ikan ngan udang ko tu. HAHA
SG       : Jangannnn!! akak bela dulu nanti saya ambik tau. Jangan makan tau.
Kak H : HAHA ko ni.. yela2 akak tolong jagekan.

Tutt tutt tutt panggilan dimatikan.

So, dalam kul4lebih SG dah sampai bangi hantar akak2 ke kediaman masing2 then barulah SG menuju pulang ke rumah.

Sesampai dirumah SG baring2 dan terasa rajin untuk menaip. Lalu dibuka laptop dan mulalah penaipan perjalanan cite hari ni. Oklah, sampai sini dulu. SG nak register my syg punya rebat fon. Hihi adioss.

Assalamualaikum.


notadidindingrumah :: No picture taken during our trip to sg tekala. Well, i'm not a photogenic person. Kehkehkeh

0 budak hebat tak puas hati:

Post a Comment